PERHATIAN!!!

BLOG INI MASIH LAGI DALAM PEMBINAAN...PENULIS SEDANG MENCARI BAHAN UNTUK MELENGKAPKANNYA..

TERIMA KASIH..

Thursday, April 21, 2011

AKUAKULTUR

Apabila saya mengajar tajuk jenis-jenis perikanan, terdapat salah satu jenisnya ialah perikanan akuakultur. Apabila pelajar mendengar sahaja saya menyebut akuakultur, pasti mereka akan tertanya-tanya...

Cikgu, apa dia akuakultur???

Jadi inilah huraiannya... harap pelajar semua faham yea..

Sebenarnya kegiatan akuakultur kini sudah semakin meluas dan berkembang akibat daripada peningkatan permintaan terhadap ikan di pasaran Malaysia..

Selalunya penternakan ikan air tawar dijalankan di dalam kolam buatan, tasik bekas lombong dan sawah. Antara pusat pembiakan ikan air tawar termasuklah Batu Berendam di Melaka,Bukit Tinggi di di Pahang.

Ini penternakan ikan akuakultur di kolam-kolam.



dan ada jugak penternakan ikan yang dilakukan di pinggir laut seperti di bawah ini..




Ikan-ikan yang diternak ialah..

Jenis ikan yang diternak termasuklah tilapia, haruan, keli, patin, jelawat, belungkur dan udang galah. Penternakan ikan air masin pula dijalankan dipinggir pantai dan muara sungai secara ternak sangkar dan kolam. Jenis ikan yang diternak meliputi kerapu, siakap, udang harimau, kerang dan ketam.

kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila klik di SINI

No comments:

Post a Comment