Pada peringkat awal, sistem perhubungan di negara Malaysia menggunakan isyarat asap, beduk, laung dan ketuk-ketuk.
Isyarat ini digunakan untuk menyampaikan maklumat antara penduduk sari satu tempat ke satu tempat yang lain..
Asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api..Asap yang naik berkepul-kepul ke udara menjadi isyarat untuk memaklumkan sesuatu perkara.
Inilah beduk
Beduk dan ketuk-ketuk pula dipukul untuk mengelurakan bunyi. Cara ketukan yang berbeza akan mengeluarkan yang berlainan. Setiap bunyi dan cara ketukan membawa isyarat dan maksud yang tertentu..
Ini pula ketuk-ketuk
Laung pula ditiup bagi menghasilkan bunyi.Bunyi ini memberi isyarat tertentu..
Ini pula salah satu alat laung
Laung dan ketuk-ketuk digunakan sebagai isyarat keselamatan dan pemberitahuan sesuatu aktiviti penduduk di sesuatu kawasan.Apabila berlaku kecemasan, para penduduk akan menggunakan laung laung dan ketuk-ketuk untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan.
Laung dan ketuk-ketuk juga digunakan untuk memberitahu penduduk setempat tentang sesuatu aktiviti yang akan dijalankan seperti gotong royong dan permainan rakyat.
Semoga memahami..
No comments:
Post a Comment